Intro4u2u

Intro4u2u, News, Travel, Technology, Engineering, Airline, Sports, google, yahoo, msn


What people searching in INTERNET

oh well.. some time we dont have nothing to say. I just want to say hi to everybody!!

Understand VALVE DIAGNOSTIC SMART

HTML clipboardThe controller output (CO) is the input to the valve assembly and the process variable (PV) is the output as shown in figure 1-1. When the term Dead Band is used, it is essential that both the input and output variables are identified, and that any tests to measure dead band be under fully loaded conditions. Dead band is typically expressed as a percent of the input span. Dead Time: The time interval (Td) in which no response of the system is detected following a small (usually 0.25% - 5%) step input.

It is measured from the time the step input is initiated to the first detectable response of the system being tested. Dead Time can apply to a valve assembly or to the entire process. (See T63.) Disk: A valve trim element used to modulate the flow rate with either linear or rotary motion. Can also be referred to as a valve plug or closure member.

Equal Percentage Characteristic*: An inherent flow characteristic that, for equal increments of rated travel, will ideally give equal percentage changes of the flow coefficient (Cv) (figure 1-2). Final Control Element: The device that implements the control strategy determined by the output of the controller. While the final control element can be a damper, a variable speed drive pump, or an on-off switching device, the most common final control element in the process control industries is the control valve assembly. The control valve manipulates a flowing fluid, such as gasses, steam, water, or chemical compounds, to compensate for the load disturbance and keep the regulated process variable as close as possible to the desired set point. First-Order: A term that refers to the dynamic relationship between the input and output of a device. A first-order system or device is one that has only one energy storage device and whose dynamic transient relationship between the input and output is characterized by an exponential behavior. Friction: A force that tends to oppose the relative motion between two surfaces that are in contact with each other. The friction force is a function of the normal force holding these two surfaces together and the characteristic nature of the two surfaces. Friction has two components: static friction and dynamic friction. Static friction is the force that must be overcome before there is any relative motion between the two surfaces. Once relative movement has begun, dynamic friction is the force that must be overcome to maintain the relative motion. Running or sliding friction are colloquial terms that are sometimes used to describe dynamic friction. Stick/slip or “stiction” are colloquial terms that are sometimes used to describe static friction. Static friction is one of the major causes of dead band in a valve assembly. Gain: An all-purpose term that can be used in many situations. In its most general sense, gain is the ratio of the magnitude of the output change of a given system or device to the magnitude of the input change that caused the output change. Gain has two components: static gain and dynamic gain. Static gain is the gain relationship between the input and output and is an indicator of the ease with which the input can initiate a change in the Chapter 1. Introduction to Control Valves 4 Figure 1-2. Inherent Valve Characteristics A3449/IL output when the system or device is in a steady-state condition. Sensitivity is sometimes used to mean static gain. Dynamic gain is the gain relationship between the input and output when the system is in a state of movement or flux. Dynamic gain is a function of frequency or rate of change of the input. Hysteresis*:

The maximum difference in output value for any single input value during a calibration cycle, excluding errors due to dead band. Inherent Characteristic*: The relationship between the flow coefficient and the closure member (disk) travel as it is moved from the closed position to rated travel with constant pressure drop across the valve. Typically these characteristics are plotted on a curve where the horizontal axis is labeled in percent travel and the vertical axis is labeled as percent flow (or Cv) (figure 1-2). Because valve flow is a function of both the valve travel and the pressure drop across the valve, conducting flow characteristic tests at a constant pressure drop provides a systematic way of comparing one valve characteristic design to another. Typical valve characteristics conducted in this manner are named Linear, Equal-Percentage, and Quick Opening (figure 1-2). Inherent Valve Gain: The magnitude ratio of the change in flow through the valve to the change in valve travel under conditions of constant pressure drop. Inherent valve gain is an inherent function of the valve design. It is equal to the slope of the inherent characteristic curve at any travel point and is a function of valve travel. Installed Characteristic*: The relationship between the flow rate and the closure member (disk) travel as it is moved from the closed position to rated travel as the pressure drop across the valve is influenced by the varying process conditions. (See Valve Type and Characterization in Chapter 2 for more details on how the installed characteristic is determined.) Installed Valve Gain: The magnitude ratio of the change in flow through the valve to the change in valve travel under actual process conditions. Installed valve gain is the valve gain relationship that occurs when the valve is installed in a specific system and the pressure drop is allowed to change naturally according to the dictates of the overall system. The installed valve gain is equal to the slope of the installed characteristic curve, and is a function of valve travel.

(See Valve Type and Characterization in Chapter 2 for more details on how the installed gain is determined.) I/P: Shorthand for current-to-pressure (I-to-P). Typically applied to input transducer modules. Linearity*: The closeness to which a curve relating to two variables approximates a straight line. (Linearity also means that the same straight line will apply for both upscale and downscale directions. Thus, dead band as defined above, would typically be considered a non-linearity.)

Kemuncak ANUGERAH SKRIN

KEMUNCAK acara gilang gemilang dalam penerbitan drama dan filem tempatan, Anugerah Skrin 2008 akan berlangsung Jumaat ini (7 November) di PWTC, Kuala Lumpur. Bertemakan gemilang kilauan berlian, ia juga akan menonjolkan hanya yang terbaik untuk bersaing merebut kategori yang dipertandingkan.
bridal-1.JPG
Sementelah pemilihan tema berlian itu sendiri melambangkan satu pengiktirafan karyawan seni yang dianggap berharga umpama batu permata tersebut.

Disiarkan secara langsung menerusi TV3, 36 drama, 19 filem serta 22 kategori dipertandingkan. Siapa yang bakal menyinar?

Secara keseluruhan, sembilan kategori dipertandingkan bagi drama, drama rantaian dan drama komedi; tujuh kategori filem dan enam bagi penerbitan dalaman.

Mengikut syarat, pencalonan hanya dipilih daripada terbitan yang telah ditayangkan bermula 1 Julai 2007 hingga 30 Jun 2008 selain pencalonan drama yang berdasarkan catatan jumlah penonton yang berjaya diraih mengikut kajian AGB Nielsen mengikut genre masing-masing.

Malah untuk kategori drama, siaran ulangan drama-drama tersebut ditayangkan di slot Cerekarama bermula dari 16 Ogos hingga 26 Oktober lalu.

Meniti usia kematangan, sedekad penganjurannya pasti memberikan satu impak dalam usaha mengangkat karya dan mengiktiraf kerja-kerja karyawan seni.

Edisi kali ini memperlihatkan sebanyak 18 buah drama layak dipertandingkan dan antara yang disebut-sebut bakal menjulang anugerah gilang gemilang itu adalah drama-drama Kehangatan Lantana, Tuhan Pun Tahu, Suara Saleha, Ihsan, Relung Kasih dan Wasiat Fitrah.

Pastinya kepada mereka yang pernah menonton dapat menilai kehebatan drama-drama yang dipertandingkan itu.

Malah kisah isteri yang sukar menemui ajalnya kerana menderhaka kepada suami dan menundukkan suami dengan cara kotor dalam drama Kehangatan Lantana arahan Feroz Abd Kader turut dianggap drama pilihan untuk mengungguli kategori Drama Terbaik.

Bukan sahaja karya, malah pengarahnya juga dilihat mampu memberikan saingan sengit kepada calon-calon lain yang bertanding pada malam itu.

Dengan karya yang mengesankan, Feroz juga dilihat sebagai calon yang akan membawa pulang trofi idaman sutradara ini.

Drama itu juga dilihat mampu mengungguli beberapa kategori utama seperti Pelakon Lelaki Terbaik Drama dan Pelakon Wanita Terbaik Drama yang masing-masing dilakonkan oleh Ady Putra dan Fasha Sandha.

Drama Tuhan Pun Tahu arahan Jinggo yang diinspirasikan daripada kisah hidup komposer popular juga serta kisah pergolakan kehidupan seorang anak dara tua dalam Suara Saleha dilihat mampu memberi saingan.

Turut mendapat pencalonan dalam kategori Drama Terbaik adalah drama Cinta Si Rempit, Cari, Pulanglah di Aidilfitri, Nasi Lemak Lebaran, Kebun Pisang Tok Mudim, Calon Madu, Raya Sedondon, Abang! Mak Panggil Balik, Aku Bukan Buaya, Jangan Lupa, Hang 2 dan Kembalikan Amanda.

Sementara itu, kategori Pengarah Terbaik Drama, Feroz terpaksa berentap dengan nama-nama popular dalam bidang pengarahan drama televisyen seperti Jinggo dan Murali yang turut dicalonkan bagi drama Ihsan selain Raja Ahmad Alaudin bagi drama Relung Kasih.

Bukan sahaja drama arahan mereka berkualiti malah selain berpengalaman, masing-masing juga pernah diiktiraf melalui drama-drama arahan masing-masing.

Bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik Drama, selain Ady, nama-nama seperti Zamarul Hisham dalam drama Ihsan, Afdlin Shauki (Tuhan Pun Tahu) dan Que Haidar (Tuhan Pun Tahu) turut menjadi antara calon kegemaran.

Sementelah masing-masing juga mempunyai nama dan bakat mereka terbukti dengan kredibiliti melakonkan apa juga watak yang diberikan.

Ady Putra nyata memberikan impak berkesan dalam lakonannya sebagai suami yang begitu cintakan isterinya yang jelita dan tunduk kepada segala kemahuannya.

Namun pesaingnya pula bukan calang-calang pelakon malah Zamarul Hisham yang terkenal dengan pembawakan watak yang menyerlah turut pernah diangkat sebagai Aktor Terbaik melalui filem Di Ambang Misteri dalam Festival Filem Malaysia ke-18 pada 2005.

Ady juga pastinya menerima saingan sengit bagi kategori Pelakon Lelaki Drama Terbaik dengan kemunculan Afdlin dalam Tuhan Pun Tahu berpasangan dengan Sheila Rusly.

Terkenal dengan lagak komedinya selama ini, Afdlin dilihat mempunyai harapan cerah menggondol trofi lantaran lakonan berkesan sebagai suami yang dipinggirkan isteri sendiri.

Malah lakonan Que Haidar dalam drama yang sama juga tidak harus dipandang sepi sementelah anak kelahiran Felda Taib Andak, Kulai, Johor itu sendiri merupakan antara pelakon pelapis harapan.

Bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik Drama, Haliza Misbun yang muncul dalam drama misteri Kembalikan Amanda dikatakan mampu memberikan saingan sengit kepada calon-calon lain termasuk Jasmin Hamid yang turut dianggap calon kegemaran menerusi pembabitannya dalam drama Relung Kasih.

Drama Relung Kasih turut memberikan saingan bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama yang dilakonkan oleh Jehan Miskin yang terpaksa berentap dengan pelakon berkaliber, Datuk Rahim Razali yang dicalonkan menerusi drama Cari selain pelakon berbakat, Mubarak Majid dalam drama Cinta Si Rempit.

Drama bersiri

Drama bersiri atau kategori Drama Rantaian Terbaik pula pastinya didominasi oleh drama Manjalara yang dilakonkan Emelda Rosmila yang mendapat sambutan hangat di kalangan penonton TV3.

Tidak ketinggalan calon kegemaran tentunya drama Bella lakonan Elly Mazlein selain drama Takdir yang Terindah, Bicara Aur Dengan Tebing dan Jangan Main Belakang.

Sementara itu bagi kategori filem, Kala Malam Bulan Mengambang yang diangkat sebagai Filem Terbaik pada Festival Filem Malaysia lalu terpaksa bersaing dengan filem-filem pilihan ramai seperti Anak Halal dan Sepi.

Tidak boleh berada dalam kedudukan selesa kerana sejarah membuktikan bahawa filem yang diangkat sebagai terbaik di Festival Filem Malaysia belum tentu dapat menawan hati juri Anugerah Skrin.

Sementelah bukan calang-calang filem yang dipertandingkan untuk merebut trofi berkenaan kerana daripada 22 judul filem yang dipertandingkan, Anak Halal, arahan Osman Ali dan Sepi (Khabir Bhatia) dianggap antara calon kegemaran yang mampu memberi saingan hebat kepada filem arahan Mamat Khalid itu.

Juga tidak ketinggalan tentunya filem-filem aksi yang mendapat sambutan di pawagam seperti Impak Maksima, arahan Ahmad Idham dan Evolusi KL Drift (Shamsul Yusof).

Masing-masing juga bakal bersaing bagi kategori Pengarah Filem Terbaik dan tentunya nama-nama seperti Osman Ali, Khabir Bhatia dan Mamat Khalid mempunyai peluang cerah untuk mengungguli kategori tersebut.

Malah kategori Pelakon Terbaik Lelaki Filem dan Pelakon Terbaik Wanita Filem tentunya memihak kepada aktor/aktres filem-filem Anak Halal, Kala Malam Bulan Mengambang dan Sepi.

Rosyam Nor menerusi watak wartawan yang menyiasat misteri kehilangan dalam Kala Malam Bulan Mengambang dilihat bukan calang-calang yang mampu memberikan saingan untuk calon-calon seperti Farid Kamil (Anak Halal).

Namun kemunculan Mohd. Kamarulzaman sebagai Tunku Abdul Rahman dalam filem 1957: Hati Malaya juga tidak boleh diperlekehkan.

Malah Hans Isaac menerusi filem Cuci juga berkemampuan untuk membuat kejutan pada malam acara gilang gemilang itu.

Mana tahu, pelakon filem Pensil, M. Subash mampu membawa trofi kemenangan pada malam itu nanti?

Anak Halal juga menerusi Maya Karin mampu mencipta kegemilangannya tersendiri andai dijulang sebagai Pelakon Terbaik Wanita Filem.

Bersaing bersama-sama Baizura Kahar (Sepi) namun Ida Nerina melalui Anak dan Vanidah Imran (Akhirat) mampu membuat kejutan.

Bagi kategori-kategori Pelakon Pembantu Lelaki Filem dan Pelakon Pembantu Wanita Filem yang buat julung kalinya diperkenalkan, antara nama-nama yang disebut mampu membawa pulang trofi antaranya Jalil Hamid untuk filem Pensil, Tony Eusoff (Sepi), Ady Putra (Anak Halal) dan Abu Bakar Omar (Duyung) serta Dynaz menerusi filem Kayangan, Nanu (1957:Hati Malaya) serta Maimon Mutalib (Pensil).

Jika tahun lalu tiada penerima Anugerah Juri, namun Anugerah Skrin 2008 meneruskan tradisi tersebut dan kita bakal menyaksikan siapakah penerima bertuah yang akan diumumkan pada malam tersebut.

Dan bagi tahun ini, Anugerah Pantene Shines yang merupakan anugerah khas oleh pihak penaja, Pantene yang pernah dimenangi Raja Farah (2006) dan Fouziah Gous (2007) menyaksikan persaingan antara Jue Aziz (Jangan Main Belakang), Ayu Raudah (Pulanglah Di Aidilfitri), Wan Sharmila (Abang! Mak Panggil Balik), Carmen Soo (Ghost) dan Sherry Ibrahim (Elly).

Norman ABBY Gaduh BESAR

norman-kawin-memey.jpg

Sekumpulan pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terkejut apabila mendapati ‘lembaga hitam’ yang ditemui dalam sebuah bilik kecil sebenarnya seorang pelakon terkenal yang cuba mengelak daripada diberkas kerana disyaki berkhalwat.

Dalam kejadian jam 2 pagi semalam, artis terbabit, Mohamed Nurhakim Zaidon atau Norman Hakim, 32, dikatakan cuba menyembunyikan diri sebaik menyedari kehadiran pencegah maksiat selepas dia dikesan berkurung dengan pelakon wanita, Suhaiza Suhaimi atau Memey, 20, di pejabatnya di Ukay Perdana di sini.

Serbuan dilakukan tujuh anggota penguat kuasa Jais.

Pegawai Perhubungan Awam Jais, Mohd Hidayat Abdul Rani, berkata pihaknya menerima maklumat menyatakan ada pasangan artis berdua-duaan dalam pejabat milik pelakon lelaki terkenal menerusi drama bersiri Gerak Khas itu.

“Selepas yakin dan pasti dengan maklumat terbabit, pegawai Jais melakukan serbuan sekitar jam 2 pagi di pejabat artis berkenaan.

“Mulanya, pintu pejabat itu diketuk berulang kali selama beberapa minit, namun tidak dibuka dan penghuninya hanya berdiam diri,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Menurutnya, tindakan enggan membuka pintu pejabat itu menyebabkan pegawai Jais bercadang menggunakan kuasa menggeledah.

“Bagaimanapun, seorang individu tidak dikenali tiba-tiba muncul sambil membawa kunci pejabat terbabit lalu membukanya.

“Sebaik pintu dibuka, seorang gadis yang juga pelakon baru dalam keadaan lengkap berpakaian ditemui,” katanya.

Kemudian, pegawai Jais mencurigai gadis berkenaan hanya bersendirian sedangkan maklumat diterima menyatakan dia bersama seorang pelakon.

Ini menyebabkan mereka memeriksa keseluruhan pejabat berkenaan bagi mencari pasangannya.

“Usaha mencari pasangan gadis itu akhirnya berjaya apabila pegawai Jais yang melakukan pemeriksaan menyeluruh, menemui seorang lelaki sedang bersembunyi dalam bilik kecil di atas stor pejabat itu,” katanya.

Ditanya sama ada lelaki itu artis lelaki popular, beliau tidak menafikannya, tetapi enggan mengulas lanjut.

“Ketika disoal siasat, artis berkenaan menafikan terbabit dengan perlakuan sumbang itu. Bagaimanapun, dia tetap ditahan mengikut Seksyen 29 Enakmen jenayah Syariah Selangor 1995.

“Selepas maklumat diri diambil, pasangan terbabit dibebaskan dengan jaminan. Mereka akan dipanggil memberi keterangan di pejabat Jais. Apa yang saya dimaklumkan, kedua-duanya sudah memberi keterangan pagi dan petang tadi (semalam),” katanya.

Beliau berkata, Jais akan menilai keterangan yang diambil itu sebelum tindakan pendakwaan dilakukan.

“Apa yang saya mahu tekankan ialah pegawai Jais menjalankan tanggungjawab amar makruf nahi mungkar diberi dan bukan hanya suka-suka mengambil tindakan tanpa bukti. Ini bagi memastikan nama baik Jais sebagai badan agama terpelihara,” katanya tanpa mahu menyebut nama kedua-dua pelakon ditahan itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Amiruddin Jamaluddin, yang dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung penahanan pasangan pelakon itu pagi semalam.

Menurutnya, berdasarkan laporan pegawai Jais yang melakukan tangkapan, mereka ditahan di sebuah bangunan di Ukay Perdana dalam keadaan berdua-duaan.

“Polis hanya membantu Jais ketika tangkapan, namun tindakan lanjut ke atas pasangan itu di bawah undang-undang syariah,” katanya.

norman-hakim.jpg

Anugerah SKRIN 2008

amandacho.jpg

KEHANGATAN Anugerah Skrin 2008 (ASK 2008) semakin dirasai apabila acara gilang-gemilang itu yang mengambil tema berlian akan disiarkan secara langsung menerusi TV3 pada Jumaat ini (7 November).

Pastinya kini, ramai yang mula berteka-teki dan membuat ramalan siapakah yang bakal membawa pulang anugerah yang mengiktiraf hasil kerja seni para karyawan seni tanah air baik menerusi drama, filem mahupun penerbitan dalaman menerusi 22 kategori yang dipertandingkan.

Untuk menghangatkan lagi suasana ASK 2008, bermula hari ini, Hits meninjau senarai calon-calon yang dilihat mampu memberikan saingan hebat dalam kategori yang dipertandingkan pada tahun ini.

Kali ini, 18 buah drama yang layak dipertandingkan menerusi tayangan di kaca televisyen bermula 1 Julai 2007 hingga 30 Jun lalu dan antara yang disebut akan menjadi perhatian pada malam itu adalah drama Ihsan, Kehangatan Lantana, Tuhan Pun Tahu, Suara Saleha, Relung Kasih dan Wasiat Fitrah.

Sebagai permulaan, Hits akan menyenaraikan pelakon lelaki yang dilihat berpotensi untuk merangkul gelaran Pelakon Lelaki Drama Terbaik untuk ASK 2008.

Untuk kategori ini, nama-nama seperti Afdlin Shauki, Ady Putra, Zamarul Hisham dan Que Haidar antara yang disebut-sebut untuk menjulang trofi dalam kategori berkenaan.

Bukan berlandaskan pada wajah semata-mata tetapi menariknya mereka ini adalah mereka hadir dengan bakat yang dikurniakan dalam melakonkan apa sahaja watak yang diberikan kepada mereka.

Afdlin misalnya, memberikan lakonan yang bersahaja dalam drama Tuhan Pun Tahu namun, emosinya tetap terserlah dalam membawakan watak sebagai seorang suami yang terpaksa menanggung derita sendirian apabila si isteri tidak lagi mahu bersamanya hanya kerana dia tidak sempurna.

Begitu juga dengan Ady yang berjaya menghayati wataknya sebagai seorang suami yang telah ditundukkan oleh isteri dengan cara yang kotor dalam drama Kehangatan Lantana.

Meskipun masih baru lagi dalam bidang lakonan, namun, lakonannya tidak mengecewakan dan ternyata Ady berjaya membawakan watak itu dengan cukup berkesan. Tidak mustahil seandainya namanya diangkat untuk membawa pulang trofi idaman ramai itu.

Zamarul Hisham pula sememangnya tidak dapat dinafikan lakonannya yang sering tidak mengecewakan. Berilah apa sahaja watak kepadanya, akan dilunaskannya dengan cukup berkesan sekali.

Membawakan watak sebagai seorang anak yang tidak mengenang jasa dan akhirnya menjadi orang gila apabila mendapat tahu ibunya meninggal dunia dalam Ihsan, Zamarul telah memberikan lakonan yang mampu membuat penonton berasa jelik dan simpati dalam masa yang sama.

Seringkali namanya dipinggirkan daripada dicalonkan dalam mana-mana anugerah yang berlandaskan merit terbaik, siapa tahu juri akan memilihnya sebagai Pelakon Lelaki Drama Terbaik kali ini.

Kredibiliti pelakon muda ini sememangnya tidak perlu dipertikaikan lagi. Sama seperti Zamarul, Que juga tidak pernah menghampakan dalam setiap watak yang diberikan kepadanya.

Mempertaruhkan lakonannya dalam drama Tuhan Pun Tahu, Que nampaknya akan bersaing hebat dengan nama-nama besar yang lain..

Esok: Ramalan Pelakon Wanita Drama Terbaik

Mawi EKIN GAMBAR KAWIN

MELIHAT pada raut wajahnya yang sentiasa tenang selepas membuat pengumuman perkahwinannya pada 21 Oktober lalu, ramai yang mengandaikan penyanyi lelaki popular, Mawi tidak begitu mengambil berat tentang perihal perkahwinannya.

Sedangkan bagi insan yang semakin hampir menuju ke destinasi cinta mereka, pastinya waktu inilah yang paling sibuk untuk menyiapkan segala keperluan dan persiapan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Bertemu dengan Mawi pada Majlis Kemuncak Aidilfitri Bersama Bintang Akademi Fantasia malam Rabu lalu, anak kelahiran Kulai, Johor ini hanya mampu mengukir senyuman tatkala diusik dengan pertanyaan itu.

“Siapa kata saya tidak berdebar? Sekarang ini, hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa berdebarnya hati saya untuk melangkah ke tarikh perkahwinan itu,” jelas Mawi ringkas sambil diperhatikan Ekin yang menemaninya ke majlis berkenaan.

Mawi turut ditanya tentang reaksi peminatnya selepas dia mengumumkan tarikh perkahwinannya baru-baru ini dan jelas Mawi, selepas pengumuman itu, dia tidak mempunyai sebarang masalah kerana semuanya dapat menerimanya dengan hati yang terbuka tentang jodohnya bersama Ekin.

“Semua yang datang kepada saya mengucapkan tahniah dan mendoakan yang terbaik untuk kami berdua. Tetapi, kalau mereka berkata yang bukan-bukan di belakang kami, tidak tahulah. Lagipun, saya tidak ambil pusing tentang apa yang diperkatakan tentang kami,” kata juara Akademi Fantasia musim ketiga ini penuh optimis.

Dalam pada itu, terdengar juga nada-nada sinis yang mengatakan bahawa pasangan merpati dua sejoli ini semakin galak menghadiri majlis keramaian berdua.

Bukan setakat itu, hadirnya mereka dengan berpakaian sedondon mengundang cebikan dan menimbulkan rasa tidak senang hati bagi sesetengah pihak.

Kata mereka, pasangan yang akan mendirikan rumah tangga ini mempunyai darah manis dan tidak elok seandainya sering dilihat berdua kerana bimbang sesuatu yang terjadi kepada mereka.

Baik Mawi dan Ekin, masing-masing mempunyai pandangan yang tersendiri dan apa yang berlaku sememangnya di luar jangkaan mereka.

“Kadang-kadang, kalau saya menghadiri majlis, saya hanya akan membawa Ekin seandainya dia tidak sibuk dan mempunyai kelapangan untuk menemani saya. Jadi, saya rasa tiada masalah untuk hal itu.

“Memang saya ada dengar tentang perihal darah manis ini. Tetapi, kami juga harus berjumpa hampir setiap hari untuk membincangkan tentang persiapan perkahwinan. Jadi, perkara itu tidak dapat dielakkan. Setakat ini, semuanya berjalan dengan lancar,” ujar Mawi yang cukup popular dengan lagu Aduh Saliha serta Angan dan Sedar ini.

Bagi Ekin pula, kehadirannya di samping kekasihnya dalam majlis keramaian adalah kerana jemputan yang diterimanya mengkehendaki dirinya hadir bersama Mawi.

“Apabila jemputan yang mahukan saya hadir bersama Mawi, tidak manis untuk saya tolak. Mahu atau tidak, saya berusaha memenuhi jemputan berkenaan.

“Selepas ini, saya akan pulang ke kampung untuk menyiapkan segala perihal perkahwinan kami. Kalau kami tidak jumpa pun, kami akan tetap berhubung menerusi telefon untuk membincangkan tentang perkahwinan kami,” kata Ekin lagi.

Buat masa ini, jelas mereka, apa yang begitu menggusarkan adalah persiapan dari segi hadiah untuk diberikan kepada tetamu dan juga senarai jemputan untuk tiga majlis mereka.

“Bukan apa. Bimbang juga nanti ada yang kecil hati seandainya mereka tidak dijemput terutama daripada kaum keluarga dan sanak-saudara. Hinggakan saya dan Ekin pening kepala memikirkan tentang jemputan ini,” kata Mawi berseloroh.

Untuk majlis persandingan Ekin yang akan berlangsung di Stadium Tertutup Johor Bahru, dianggarkan seramai 1,200 orang akan hadir manakala untuk majlis di kampung Mawi seminggu selepas itu, jemputannya dikatakan seramai 6,000 orang.

Hanya jemputan terpilih sahaja yang akan menghadiri majlis resepsi mereka di Hotel Palace of the Golden Horses yang dianggarkan mampu memuatkan 1,500 orang tetamu.

Mengenai pemilihan Datuk Siti Nurhaliza dan Rossa yang dikatakan akan membuat persembahan pada majlis resepsi istimewa itu, Mawi menjelaskan, pihaknya belum bertemu dengan Siti untuk membincangkan perkara itu.

“Untuk Rossa pula, pihak saya ada cuba menghubunginya tetapi gagal. Apa pun, kami akan tetap mencuba,” jelas Mawi yang akan muncul dengan single terbarunya, Allah Habibi ciptaan Farihin Abdul Fatah dan Yassin tidak lama lagi.

Mengenai kursus perkahwinan mereka yang akan berlangsung pada 4 November ini di Masjid Putra, Putrajaya, Mawi memberitahu, dia tidak mempunyai sebarang masalah apabila ia akan dirakamkan kelak untuk tontonan umum sementelah ia disifatkan sebagai sesuatu yang peribadi.

“Waktu itu nanti, apa sahaja kemusykilan, saya akan bertanya. Saya tidak perlu risau kerana ia akan dirakamkan dan pastinya akan disunting sebelum ditayangkan,” jelasnya yang turut meluangkan masa membaca buku-buku tentang alam perkahwinan.

Sementara itu, Majlis Kemuncak Aidilfitri Bersama Bintang Akademi Fantasia yang diadakan di Dewan Toh Puan Rahah, Yayasan Tun Abdul Razak telah diadakan dengan cukup meriah sekali meskipun Syawal sudah melabuhkan tirainya.

Uniknya majlis ini, seramai 20 bintang AF yang telah diundang berpeluang mendekati dan beramah mesra dengan peminat yang telah membeli tempat yang berharga RM100 hingga RM400 seorang.

Setiap daripada bintang AF ini akan duduk di setiap meja bersama peminat mereka dan inilah masanya untuk mereka bertanyakan khabar serta perkembangan terbaru bintang AF pujaan mereka.

Antara bintang AF yang hadir adalah Mawi, Zahid, Mila, Stacy, Faizal, Toi, Saida, Farah, Nadia, Riz dan Alif.

Bukan sekadar itu, majlis ini juga sememangnya wajar dipuji kerana ia mampu merapatkan lagi hubungan antara artis dan peminat yang telah banyak menyokong mereka selama ini.

Majlis ini juga tidak ubah seperti sebuah majlis reunion bintang AF untuk mereka sama-sama menghiburkan para tetamu yang telah mengeluarkan belanja yang besar untuk menikmati persembahan mereka

Norman dan IRMA Hasmie

BOLEH saya katakan pelakon ini antara bintang baru yang sedang berkerdip cahayanya. Sudah empat tahun melayari dunia seni, ternyata hari ini nama Irma Hasmie Ibrahim,26, tidaklah asing bagi peminat dunia hiburan.

Bayangkanlah pada tahun ini dia begitu sibuk dengan penggambaran drama. Sampaikan sesi fotografi dengan Pancaindera yang diadakan pada petang Rabu lalu pun dibuat secara tergesa-gesa.

Pagi dia ada fotografi dengan majalah berkonsepkan keluarga. Petang dengan Pancaindera. Pada sebelah malamnya dia terlibat dengan penggambaran drama sehinggalah berlarutan hingga awal pagi.

“Saya tak cukup tidur ni. Semalam saya shooting dan habis pukul 6 pagi tadi. Pagi ini ada photo shoot dengan majalah lain. Petang dengan Pancaindera pula. Kalau tak nampak fresh tu saya minta maaf awal-awal,” kata Irma bimbang aksinya di depan kamera nanti dipertikaikan.

Tak apa, saya faham. Bintang baru seperti Irma ini perlu bekerja keras. Saya berkata kepadanya masa tengah laku inilah dia kena ambil semua peluang yang ada. Dan masa inilah dia harus pastikan namanya berada di kemuncak.

Atas sebab itulah kata Irma dia tidak menolak peluang menjadi cover muka depan Pancaindera buat pertama kalinya ini. Walaupun tidurnya tidak mencukupi, Irma kata perlu berkorban kerana ini adalah satu peluang yang tidak perlu disia-siakan.

“Bukan senang nak dapat jadi cover surat khabar hari Ahad. Sebab itu Irma sanggup juga terima pelawaan abang ini,” katanya memuji tapi saya tak rasa dia membodek.

Tetapi apa yang menyebabkan hati saya agak senang kerana dia menepati janjinya untuk tiba di studio Utusan pada pukul 4.30 petang itu ditunaikan.

Tidak perlu mengambil masa yang lama kerana jurusolek professional, Tiar Zainal pun tiba pada masa yang ditetapkan dan terus melakukan sesuatu untuk “mengubah” wajah Irma agar kelihatan berbeza dari apa yang pernah ditatap peminat sebelum ini.

Memang benar pun. Sentuhan solekan Tiar sedikit sebanyak menampakkan wajah Irma ini kelihatan lebih ranggi. Dalam masa yang sama Irma juga tidak kekok untuk beraksi di hadapan kamera mungkin kerana pengalamannya sebagai bekas seorang model sebelum ini digunakan untuk membolehkan aksi menarik itu dapat dirakam oleh jurufoto.

* Popular bukan kerana gosip

Umum sudah mengetahui cinta Irma dengan pelakon Farid Kamil sudah menjadi sejarah. Cinta mereka yang hancur berkecai itu sudah dua tahun menjadi kenangan.

Tidak mahu mengimbas sejarah lama tetapi apabila ditanya dan terus ditanya, kata Irma memang dia tidak dapat melupakan cintanya itu.

Hati mana tak terusik, jiwa mana yang tidak terguris. Tetapi jelas gadis ini kenangan itu menjadi satu pengalaman bermakna buatnya. Dia tak mahu mengingatinya lagi walaupun sukar melupakannya.

Dan hari ini bila ditanya adakah kerana kisah cintanya itu yang berjaya mengangkat nama Irma untuk berada sebaris dengan bintang-bintang popular lain, gadis ini terus menepis dakwaan tersebut.

Walaupun tidak menafikan kisah hubungan cintanya dengan Farid itu sedikit sebanyak memberi publisiti terhadapnya tetapi kejayaan beliau hari ini tidak akan tercapai tanpa ada usaha.

Dan Irma boleh berbangga kerana pencapaian yang diraih dalam bidang lakonan dek kerana kerja kerasnya selama ini untuk melihat bakatnya terus berkembang.

Mengimbas kenangan bagaimana melibatkan diri dalam dunia seni, Irma pada asalnya seorang model. Entah macam mana apabila beliau diberi peranan sebagai pelakon tambahan dalam Anak Mami Kembali pada tahun 2005, barulah Irma nampak dia sebenarnya ada bakat dalam bidang seni.

Bermula dari situlah Irma mengambil kesempatan mempertajamkan lagi kemahirannya berlakon untuk membolehkan dirinya diterima seperti orang lain.

“Irma tidak ada bakat langsung dalam bidang lakonan. Malah kali pertama beraksi di hadapan kamera pun kekok. Istilah yang digunakan semasa pengarahan seperti action, cut dan sebagainya pun Irma tak faham. Bayangkanlah betapa teruknya Irma masa itu.

“Tapi syukurlah Irma belajar sikit demi sikit dan sampai sekarang Irma dah boleh nampak jalan di dalam bidang ini,” katanya.

Ujar anak sulung daripada tiga beradik ini, dia menganggap popularitinya sekarang bukan kerana gosip cintanya yang lalu tetapi kerana semangatnya yang gigih untuk berjaya seperti orang lain.

Bermula sebagai pelakon tambahan, Irma turut diberi kepercayaan menjadi pelakon pembantu menerusi filem Main-Main Cinta (2006), Diva (2007), Sepi (2008) selain peranan utama dalam Cinta Fotokopi (2005).

Selain penglibatannya dalam filem, hari ini sudah lebih 10 drama dibintangi Irma. Sekarang ini dia juga ligat dengan lakonannya menerusi drama Awan Dania yang sedang disiarkan di Astro Ria pada setiap hari Isnin (6.30 petang).

Dalam masa yang sama Irma juga turut membintangi sebuah telefilem berjudul Hantu Raya yang akan disiarkan di TV3 tidak lama lagi.

Bercerita cabaran sebagai seorang pelakon, ujar gadis ini selain seseorang itu perlu ada kesungguhan untuk berjaya, setiap pelakon baru itu perlu bekerja keras dan sentiasa ada keinginan untuk belajar.

Dalam masa yang sama katanya, mereka juga hendaklah selalu bertanya kepada pelakon yang lebih senior bagaimana untuk memantapkan lagi kemahiran berlakon.

Lebih daripada itu, setiap pelakon juga perlulah menjaga disiplin diri dan janganlah selalu lewat ke lokasi kerana ia boleh menjejaskan jadual penggambaran.

“Setakat ini Irma begitu mengambil berat soal masa dan membuat reputasi yang baik dengan semua krew produksi agar mereka tidak ada masalah jika hendak mengambil kita berlakon pada masa akan datang,” katanya.

* Mahu teman lelaki

Sudah dua tahun hidup single selepas putus cinta dengan Farid Kamil, bohonglah kata Irma jika dia tidak ada perasaan untuk kembali bercinta. Malah akui gadis ini kadang-kala hatinya begitu cemburu ketika melihat pasangan lain bersama teman masing-masing.

Tetapi jujurnya jelas Irma selepas putus cinta dia masih belum berjumpa dengan pengganti baru. Bukan memilih tetapi entahlah… Irma sendiri pun tidak menemui jawapan kenapa dia boleh jadi begitu.

“Memang Irma mahukan seseorang bernama kekasih. Tetapi masih belum berjumpa dengan orangnya. Yang ada pun kawan-kawan biasa. Irma tidak ada ciri-ciri tertentu untuk menyukai seseorang tetapi cukuplah semasa keluar bersamanya ada keserasian di antara kami berdua.

“Sedihnya sampai hari ini, lelaki yang ada keserasian itu masih Irma belum temui,” ujarnya.

Ditanya adakah cintanya dengan Farid Kamil akan berputik semula, untuk jawapan itu ia tidak mungkin berlaku kerana masing-masing sudah selesa dengan keadaan sekarang.

* Jauhi suami orang

Melihat pengalaman orang lain yang sukar mendapat kebahagiaan apabila hidup bermadu, siang-siang lagi Irma memberitahu dia minta “simpang” jauh-jauh daripada bercinta dengan orang yang sudah ada keluarga.

Malah dalam masa yang sama Irma juga tidak mahu merosakkan rumah tangga orang lain gara-gara mempunyai hubungan dengan suami orang.

Itu janji Irma. Dan kepada mak-mak datin ataupun isteri-isteri orang di luar sana, tak usahlah takut kerana Irma tidak akan merampas hak orang lain.

Malah lebih daripada itu Irma akan menjauhkan diri untuk mengenali mereka yang sudah berkahwin.

“Walaupun hidup bermadu itu dihalalkan tetapi ia bukan cara saya. Hari ini saya nak jelaskan yang saya tidak mahu berkahwin dengan laki orang,” katanya terus terang.

Melihat kepada situasi atau rumah tangga rakan-rakan artis yang berantakan kerana ada yang main kayu tiga, Irma minta perkara itu tidak berlaku kepadanya.

Sebagai artis baru, dia perlu menjaga peradaban diri bagi memastikan kontroversi murahan tidak berlaku ke atasnya kerana boleh menjejaskan kedudukannya sebagai seorang artis.

Apatah lagi ketika kerjaya seninya sedang menampakkan cahaya, akui Irma pada masa ini dia harus mengelak daripada terlibat dengan situasi yang boleh menghancurkan masa depannya itu.

Abby Abadi Norman Hakim RUJUK?

SEMAKIN panas dan bergelora rumah tangga pasangan pelakon Abby Abadi, 29, dan Norman Hakim, 32, apabila satu persatu berita sensasi mereka menghiasi akhbar dan majalah.
memey-1.jpg
Pada 26 Oktober lalu, teka-teki keretakan rumah tangga mereka semakin jelas dan tidak dapat disembunyikan lagi selepas kedua mereka dilihat tidak lagi sehaluan.

Sempena majlis cukur jambul anak ketiga mereka, Maria Danisha Hakim yang lahir pada 17 September lalu, Abby dan Norman memperlihatkan tanda-tanda tidak mesra hubungan suami-isteri.

Jelas terbayang di wajah kedua-dua mereka terhadap kemelut yang gagal untuk diatasi itu.

Malah Abby mengambil peluang dengan kehadiran para wartawan di rumahnya di Ukay Perdana, Ampang untuk meluahkan sesuatu yang terbuku di hatinya selama ini.

Abby atau nama sebenarnya Arbaeyah Abdul Manan secara jujur dengan nada yang bergetar mengakui hatinya benar-benar terluka dengan sikap suaminya.

Tanpa mahu menjelaskan secara terperinci apa sebenarnya yang berlaku tetapi jauh di wajah Abby itu dia sebenarnya amat kecewa dengan ujian

yang melanda.

Dugaan ini adalah dugaan kali kedua selepas satu peristiwa yang membawa kepada kehancuran rumah tangga mereka pada 5 Mei 2006 kononnya dikatakan berpunca gangguan pihak ketiga.

Kejadian itu menyebabkan Norman dan Abby terpaksa rujuk kembali beberapa hari kemudian demi anak mereka ketika itu Mohd. Danish Hakim dan Marisa Dania Hakim, yang sekarang masing-masing berusia lima dan dua tahun.

Desas-desus masalah rumah tangga mereka semakin kuat bertiup apabila pada Syawal lalu Abby hanya menulis namanya dan anak-anak dalam ucapan Hari Raya yang dihantar melalui SMS kepada wartawan tanpa turut menulis nama suaminya sebagai pengirim ucapan.

Pada majlis cukur jambul yang lalu pula Norman berkali-kali menafikan dia sudah bernikah di negara jiran seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Malah Norman juga berjanji akan menyelesaikan masalah yang berlaku dalam rumah tangganya dan sesekali tidak akan membiarkan kejadian pada 5 Mei 2006 itu berulang.

Tetapi ketika menjawab persoalan kenapa sudah lama tidak pulang ke rumah, kata Norman tiada guna dia berada di rumah jika hendak bergaduh.

Lebih menambahkan kekalutan terhadap masalah rumah tangga mereka pada 30 Oktober lalu Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon telah didakwa berkhalwat dengan pelakon Memey Suhaiza, 20, di sebuah premis perniagaan di Jalan UP 1/2, Ukay Perdana, Ampang.

Serbuan itu dilakukan oleh Pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) selepas mendapat maklumat bahawa kedua-dua pasangan itu berada dalam keadaan meragukan.

Bagaimanapun Abby dalam reaksinya terhadap peristiwa itu berkata, dia tidak terkejut dengan apa yang berlaku sebaliknya menyerahkan kepada takdir untuk menentukannya.

Ketika berborak dengan Abby pada malam sebelum kejadian, pelakon yang popular menerusi watak Cif Inspektor Aleeza menerusi drama Gerak Khas terbitan Skop Production itu seolah-olah membayangkan rumah tangganya berada dalam keadaan yang tidak dapat diselamatkan lagi.

“Entahlah… susah untuk Abby ceritakan. Tetapi Abby sudah bersedia untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku,” katanya.

Malah ketika ini Abby sibuk dengan penggambaran drama atas alasan “untuk menyara anak-anak.”

* Nafi perampas

Dalam Pancaindera keluaran 14 September lalu, pelakon Memey Suhaiza turut ditanya pembabitannya terhadap kemelut rumah tangga Abby dan Norman Hakim. Memey dalam reaksinya menganggap tuduhan itu adalah sesuatu yang berat.

Malah dia berjanji tidak akan merampas kebahagiaan sesiapa apatah lagi untuk meruntuhkan rumahtangga yang dibina oleh Abby dan Norman itu.

Sebaliknya Memey menganggap gosip tersebut hanyalah satu “kontroversi murahan” yang sengaja ditimbulkan oleh mereka yang dengki terhadap peningkatan kerjayanya.

”Saya tidak bercinta dengan Norman Hakim. Dia suami orang. Ia adalah cerita lama yang dikorek semula,” kata Memey ketika membuat pengakuan dalam Pancaindera keluaran tersebut.

Memey juga mengaku dia turut bimbang hati Abby akan terguris dengan laporan demi laporan berhubung dakwaan beliau menjalinkan hubungan dengan Norman.

Bagaimanapun ketika dihubungi pada petang Khamis lalu, Memey enggan menjawab panggilan telefon untuk mengulas perkembangan tersebut sebaliknya menghantar SMS dia begitu “sibuk” dengan penggambaran drama.

Norman pula ketika memberikan komen mengenai insiden itu berkata kejadian tersebut berlaku secara kebetulan.

Ketika itu dia berada di tingkat atas sementara Memey di tingkat bawah syarikat miliknya MDH Trading & Services sebelum serbuan dibuat.

Sebelum kejadian Norman mendakwa dia ada mesyuarat dengan seorang Ketua Pegawai Operasi (COO) yang turut dihadiri Memey dan seorang pembantu Norman.

“Selepas saya menghantar COO itu pulang, pembantu saya pun pulang. Yang tinggal hanya Memey di tingkat bawah dan saya berada di tingkat atas sebelum kami ditahan,” kata Norman.

Malu dengan kejadian itu, Norman turut bimbang kejadian itu akan menjejaskan nama baiknya selain mengeruhkan lagi keadaan rumahtangganya yang sedang dirundung malang itu.

Walaupun belum disabitkan oleh mahkamah sama ada mereka bersalah atau tidak tetap berita ditangkap berkhalwat itu telah meninggalkan satu titik hitam terhadap mereka.

Selama ini Norman dan Memey cuba menafikan mempunyai hubungan tetapi kejadian yang berlaku sedikit sebanyak boleh mempengaruhi fikiran peminat untuk mempercayai gosip yang diperkatakan sebelum ini.

Dalam masa yang sama Abby juga turut menghadapi tekanan perasaan yang amat sangat kerana kejadian berkenaan berlaku beberapa hari selepas beliau habis pantang selepas bersalin anak ketiga.

Apakah yang akan terjadi terhadap masalah rumah tangga Norman dan Abby serta kerjaya seni Memey dalam bidang lakonan?

Dan akan adakah sinar bahagia yang dapat menerangi kembali kehidupan Norman, Abby dan tiga anak mereka?

Mudah-mudah Norman dan Abby dapat mencapai jalan terbaik untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka yang menjadi semakin kusut.

Ashraf Sinclair dan bunga

TIADA penghujung cinta yang lebih indah selain dapat menyatukan dua hati menjadi satu. Gembira, teruja, berdebar menantikan saat-saat terindah tersebut, Ashraf Sinclair mengakui sedang berdepan dengan satu fasa kehidupan yang belum pernah dirasainya sebelum ini.

Memilih Bunga Citra Lestari sebagai teman hidupnya, Ashraf yakin dengan pilihan hatinya.

Cinta yang disulam lebih setahun itu akhirnya menemui noktah yang menggembirakan.

Meskipun diawal percintaan, mereka dihambat kontroversi yang bukan kepalang, nyata cinta yang utuh tidak mungkin mudah dileraikan.

Ashraf dan Bunga akan dinikahkan di Masjid Al Bina, Senayan, Jakarta pada 8 November ini pukul 3 petang waktu Jakarta disaksikan 50 rombongan pihak lelaki yang akan membawa 25 dulang hantaran untuk pihak perempuan.

Terang jejaka kacak ini sesungguhnya dia bersyukur kerana dipertemukan dengan gadis berusia 25 tahun itu.

“Saya terlalu mencintai dia dan sangat-sangat bertuah mengenali dirinya. Hidup saya berubah kerana dia. Mengenali dia, saya sudah menemui jalan dalam kehidupan saya. Malah dia amat-amat menghargai diri saya,” jelas Ashraf dalam satu pertemuan bersama media baru-baru ini.

Menyingkap detik-detik manis percintaan mereka, jejaka ini tidak putus-putus tersenyum sambil mengimbas rona-rona indah dalam titian percintaan mereka.

“Lewat setahun lebih dahulu pada 14 April saya mula mengajak dia keluar dating. Itu yang saya ingat.

“Bermula dari situ kami mula selalu berjumpa. Kemudian di satu pertemuan di Bali di awal tahun ini dalam suasana yang begitu romantis di tepi pantai, kami berbincang tentang pelbagai perkara. Tiba-tiba entah macam mana kami boleh bercerita tentang kahwin. Dan akhirnya saya melamar dia, dan dia menerimanya,” jelas teraju utama filem Gol Dan Gincu ini lagi.

Sama seperti pasangan yang lain mereka berdua memilih Kepulauan Maldives sebagai lokasi berbulan madu mereka kelak.

Tidak niat sisih

Dalam pada itu Ashraf sempat memohon maaf kepada media tempatan kerana pengumuman perkahwinannya dilakukan di seberang.

Jelasnya perkara tersebut terpaksa dilakukan sementelah dia dan Bunga telah pun dilamar menjadi duta bagi produk baru untuk produk kecantikan Ponds, Indonesia.

“Saya buat pengumuman di sana sebab kami berdua telah bersetuju untuk mengumumkan perkahwinan kami di majlis yang telah diatur oleh pihak Ponds di sana.

“Sebabnya kami telah menjadi duta untuk produk tersebut dan sepatutnya kami patut mengumumkan dua perkara di majlis tersebut.

“Satu tentang perkahwinan kami keduanya tentang produk tersebut. Tapi semuanya menjadi lain apabila pihak media sana terus menerus mengasak kami sehingga akhirnya kami terpaksa buat pengumuman seminggu lebih awal dari perancangan kami,” katanya yang sudah pun membintangi dua buah filem yang akan ditayangkan di seberang iaitu Saus Kacang dan Pocong.

Penat dengan kontroversi

Akui Ashraf, antara punca utama dia terpaksa membuat pengumuman lebih awal dari yang dirancang kerana pihak media seberang tidak sudah-sudah menyiarkan cerita yang kurang enak mengenai mereka berdua.

Bunga hamil, hubungan mereka berantakan dan macam-macam lagi berita negatif yang dilaporkan media seberang menguji tahap kesabaran jejaka berusia 29 tahun itu.

“Bunga masuk hospital dan saat dia keluar saya tak dapat teman pun boleh mereka buat cerita mengenainya.

“Sehingga satu peringkat, media di sana menyunting sebuah klip video menyiarkan visual Bunga keseorangan ketika keluar dari hospital tanpa saya. Memang sakit mengenangkan perkara tersebut sedangkan hakikatnya saya tidak dapat menemaninya kerana terikat dengan penggambaran ketika itu,” jelas Ashraf yang nyata terkilan dengan sikap media seberang yang disifatkannya tidak adil berbanding media tempatan.

Meskipun berang dan kurang berkenan dengan layanan media seberang, namun Ashraf mengakui, terpaksa berdepan dengan liku-liku cabaran yang akan ditempuhinya kerana dia sendiri memilih untuk menetap di seberang selepas berumahtangga.

“Lepas kahwin saya akan tinggal dahulu di sana, kerana saya telah pun menerima tawaran kontrak berlakon bersama produksi Sinemart Production selama dua tahun.

“Saya bersyukur kerana mendapat rezeki tersebut. Lagipun karier Bunga di sana sedang berkembang, jadi saya ke sana untuk mencuba nasib dan alhamdulillah saya nampak ada peluang di sana,” terangnya bersungguh-sungguh.

Jemput media tempatan

Dek kerana itu, Ashraf mengambil keputusan untuk tidak membenarkan pihak media seberang untuk hadir selaku tetamu di majlis perkahwinannya kelak yang akan diadakan di seberang.

“Mereka akan hadir tapi bukan selaku tetamu. Mereka datang dan akan ditempatkan di bilik khas untuk membuat liputan dan mereka tidak akan dibenarkan untuk mengambil gambar dan sebagainya.

“Ini kerana jika mereka rakamkan gambar dan sebagainya nanti jadi lain pula. Sebaliknya media tempatan pula di majlis resepsi saya di sini kelak, anda semua dijemput untuk hadir kerana anda semua rakan-rakan saya,” katanya lagi.

Menurut Ashraf majlis resepsinya di sini akan diadakan pada 14 November di The Saujana Kuala Lumpur dan 15 November di Kelab Golf Perkhidmatan Awam.

Ditanya kepadanya tidakkah tindakannya itu akan membuatkan pihak media seberang berkecil hati dan memboikot dirinya jelas Ashraf: “Saya bersedia dengan segala kemungkinan namun saya tak mahu memikirkannya. Tapi saya yakin mereka akan mencari kita juga jika ada berita mengenai kita.”

Zahid dan NITA

Bharian

PANTANG Cik Normah dengan selebriti atau artis yang tak pandai jangan imej dan penampilan apabila datang majlis. Terbaru, Cik Normah agak terkejut melihat gambar Nita Malaysian Idol yang kebelakangan ini datang majlis pun tak pandai nak menjaga penampilan.

Bukan Nita tak cantik, malah bentuk badannya mengalahkan supermodel. Tetapi kenapa datang majlis rumah terbuka Bill Bora tempoh hari tanpa secalit solekan? Tak sesuai tau, kalau ye pun mekaplah sikit dik. Bukan semua orang yang mampu nampak jelita tanpa mekap. Tetapi Cik Normah tak tahulah pula kalau jenis mekap nipis macam tak bersolek itu sedang dalam trend sekarang.

Walau apa pun, kalau sudah jadi selebriti tu ambil beratlah sikit soal bergaya. Bergaya itu pun tak semestinya bersolek tebal dengan bedak asas 10 inci atau pakai bulu mata banyak lapis.

Niat Cik Normah memberi teguran ini bukan bermaksud nak jatuhkan maruah Nita. Cik Normah faham sayang sangat dengan selebriti di Malaysia terutama yang baik dan tak ‘kekwat’. Yang lupa diri dan kekwat, ‘feeling’ bagus memang Cik Normah tak layan.

Cik Normah harap Nita ambil teguran ini sebagai satu yang positif. Cik Normah teringin sangat tengok Nita berjinak-jinak dalam bidang peragaan sebab ketinggian Nita sudah melayakkan dia. Kalau nak belajar ilmu peragaan, Cik Normah sendiri boleh kasi tunjuk ajar.
Bharian.
Nak tahu, Cik Normah memang peminat setia rancangan America’s Next Top Model sebab Tyra Banks tu memang idola Cik Normah. Cuma Cik Normah kecewa, program kitaran 10 itu tak siar kat TV, tup-tup kitaran 11 yang disiarkan. Kecewa Cik Normah sebab yang menang kitaran 10 itu ialah Whitney daripada kategori ‘plus size’.

Oh ya, alang-alang sebut mengenai Nita, apa dah jadi agaknya dengan perjalanan seninya bersama Suria Records (SRC). Macam ala sendu pada pagi yang hening saja. Cik Normah nampak SRC sekarang ini asyik mempromosikan Indah Ruhailah saja. Kenapa jadi macam tu?

  • Categories

  • Ads by Google


Intro4U2U

Advanced Search Preferences Language Tools

SEARCH THE WEB