Intro4u2u

Intro4u2u, News, Travel, Technology, Engineering, Airline, Sports, google, yahoo, msn


Siti kurang menyanyi untuk kurangkan stress dapat anak

EMPAT tahun melayari bahtera perkahwinan mungkin satu tempoh singkat, tetapi bagi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, 31, pelbagai dugaan dilalui sejak disatukan dengan usahawan, Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa pada 21 Ogos 2007.Tahun pertama perkahwinan memberi ruang kepada pasa­ngan yang mempunyai beza usia 20 tahun ini untuk mengenali satu sama lain dengan lebih mendalam. Tahun kedua berjalan lancar, namun tahun ketiga menempuh cabaran dengan pelbagai gosip. Namun kata Siti, atas kepercayaan, keikhlasan, saling memahami dan bertolak ansur, semua itu dapat ditangani dengan baik dan kini tahun keempat, mereka mampu membuat perancangan untuk kehidupan yang lebih baik lagi.“Pejam celik pejam celik, usia perkahwinan kami genap empat tahun, tapi Siti sedar masih jauh perjalanan yang harus kami tempuh bersama. Alhamdulillah, kehidupan kami dilimpahi kebahagiaan dan Siti bersyukur kerana suami menjaga Siti dengan baik, malah menjadi pembimbing dalam menjalani kehidupan seharian dan sekarang dalam

Post Source : Siti kurang menyanyi untuk kurangkan stress dapat anak from Intro2u Blog- Just another introduction to the top collection of Celebrity News, Tech, Mobile, Movie news worlwide

Tiz Zaqyah Ditak mudah terpengaruh dengan gossip

EPANJANG pembabitannya sebagai anak seni, sudah dua kali Tiz Zaqyah diuji.Ketika namanya sedang mengharum dengan drama paling popular Nur Kasih, pelakon berkulit putih gebu ini dikejutkan dengan penyebaran gambar aksi hangatnya sedang bersosial dengan rakan-rakan.KAMI SOKONG…ahli yang baru mendaftar dengan TZR FC diberikan sijil penghargaan.sebelum – selepasGEMBIRA…Tiz bersama peminat dan anak mereka. KEKAL DI HATI…watak Nur Aminah dalam Nur Kasih tetap dalam ingatan orang.Jenuh jugalah dia menjadi buruan media sebelum perkara itu senyap dengan sendiri.Kontroversi berkenaan bagaimanapun tidak menjejaskan nama gadis berusia 22 tahun ini di mata peminat sehingga me­nyaksikan Tiz dinobatkan sebagai Pelakon TV Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH 09).Jelas, aura Nur Amina, gadis bertudung dengan watak lemah-lembut dan tabah dalam Nur Kasih begitu kuat mempengaruhi minda peminat setia drama ini.Baru-baru ini Tiz terpalit de­ngan kontroversi lagi.K

Post Source : Tiz Zaqyah Ditak mudah terpengaruh dengan gossip from Intro2u Blog- Just another introduction to the top collection of Celebrity News, Tech, Mobile, Movie news worlwide

Bagaimana Siti menyambut Ramadhan?

JIKA tiada aral melintang, esok (11 Ogos) seluruh umat Islam di dunia akan menyambut kedatangan bulan Ramadan. Sememangnya bulan yang menjanjikan 1001 ganjaran lumayan buat umat Islam yang bijak mengambil peluang memanfaatkan sepenuhnya peluang yang tersedia.Lebih manis lagi seandainya bulan yang penuh rahmat itu diraikan bersama-sama dengan orang yang tersayang termasuk keluarga dan teman-teman rapat.Bagi penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza, bulan Ramadan menyimpan pelbagai kenangan manis yang masih lagi segar dalam kotak fikirannya.Mana mungkin katanya, untuk dia melepaskan semuanya begitu sahaja biarpun sudah menjadi seorang isteri.Satu yang pasti, tahun 1431 Hijrah menyaksikan tahun kedua Siti menyambut kedatangan tanpa kehadiran seorang bapa di sisi untuk sama-sama meraikan bulan mulia itu.Mengakui di tahun pertama, perasaannya begitu syahdu dan sayu apabila mengenangkan ketiadaan bapa tercinta, Allahyarham Tarudin Ismail yang meninggal dunia pada 15 Februari tahun l

Post Source : Bagaimana Siti menyambut Ramadhan? from Intro2u Blog- Just another introduction to the top collection of Celebrity News, Tech, Mobile, Movie news worlwide

Serenity Spa unsur Bali

NIKMAT tenang dapat diperoleh sebaik sahaja melewati pintu gerbang yang diperbuat daripada batuan gunung berapi. Haruman minyak beraroma lemon melimpahi ruang menunggu.Mewah dengan unsur Bali, setiap sudut pusat kecantikan ini diperincikan dengan unsur kayu jati. Ia sekali gus menterjemahkan inspirasi rawatan tradisional yang kaya dengan elemen semula jadi.Spa dua tingkat yang terletak di lot hujung bangunan kedai ini bukan sahaja menerima sentuhan Bali dari aspek tata rias malah berada di dalamnya seolah-olah merentas alam yang mendamaikan.Menurut pengasas Serenity Spa, Mona Din, ketenangan yang acapkali dirasai sewaktu berkunjung ke Bali membuatkan beliau tidak teragak-agak untuk mengubahsuai kedai yang terletak di Shah Alam, Selangor itu mengikut konsep Nusantara sepenuhnya.”Ketenangan yang lahir daripada gabungan unsur kayu, air dan tumbuhan adalah salah satu cara jiwa bersatu dengan alam. Dan ini amat penting sewaktu kita mendapatkan rawatan,” katanya yang membuka spa itu pada tah

Post Source : Serenity Spa unsur Bali from Intro2u Blog- Just another introduction to the top collection of Celebrity News, Tech, Mobile, Movie news worlwide

Ibu mengandung dan puasa di bulan RAMADHAN

KALAU tiada aral melintang, esok, umat Islam di seluruh dunia sudah mula menjalani ibadat puasa.Ada di kalangan ibu-ibu hamil yang pasti berasa khuatir untuk berpuasa dalam keadaan bayi di dalam kandungan yang amat memerlukan kadar nutrisi yang diperlukan bagi memastikan perkembangan janin.Jika anda hamil dan ingin berpuasa, pastikan keadaan kesihatan anda amat stabil kerana ibu-ibu hamil juga sebenarnya dibolehkan untuk berpuasa, tetapi menerusi syarat-syarat tertentu.Apa pun pastikan kandungan dan kesihatan nutrisi yang dibekalkan ibu menerusi plasenta kepada janin.Salah satu daripadanya ialah memastikan makanan yang dimakan itu mengandungi nutrisi yang diperlukan termasuk protein, zat pemakanan yang diperlukan ibu dan bayi di dalam kandungan.Komposisi yang harus dipenuhi ibu-ibu hamil bagi zat pemakanan tersebut ialah karbohidrat 50 peratus, protein (30 peratus) dan lemak sekitar 10 hingga 20 peratus.Biarpun begitu, ada beberapa faktor yang harus diperhatikan oleh si ibu andainya di

Post Source : Ibu mengandung dan puasa di bulan RAMADHAN from Intro2u Blog- Just another introduction to the top collection of Celebrity News, Tech, Mobile, Movie news worlwide

SUNGAI BULOH Kejadian ADUN ditembak di kepala

Bekas ADUN, pembantu ditemui mati dengan tembakan di kepala di lebuh rayaSUNGAI BULOH: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Kuala Selangor, Datuk Abdul Aziz Mohd Noor dan Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Tanjung Karang, Siti Rohana Ismat, ditemui mati dalam keadaan misteri dengan kesan tembakan di kepala, semalam.Dalam kejadian jam 11 pagi itu, Abdul Aziz, 64, dijumpai terkulai di tempat duduk pemandu kereta yang terbabas di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat sini, manakala Siti Rohana, 43, dalam keadaan terduduk di sebelahnya.Dua tembakan dikesan di sebelah kanan kepala Siti Rohana, manakala satu tembakan pula di kanan kepala Abdul Aziz.Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata polis masih menyiasat motif kejadian itu, tetapi tidak menolak kemungkinan seorang daripada mereka menembak pasangannya sebelum menembak diri sendiri.Beliau berkata, polis menemui sepucuk pistol revolver .38 dengan masih berisi dua peluru, kepunyaan Abdul Aziz, di celah tempat duduk bahagia

Post Source : SUNGAI BULOH Kejadian ADUN ditembak di kepala from Intro2u Blog- Just another introduction to the top collection of Celebrity News, Tech, Mobile, Movie news worlwide

Jualan Murah SOGO Promosi MEGA SALE

DALAM era pasaran jualan runcit yang penuh dengan cabaran, hubungan erat antara rakan niaga menjadi rahsia untuk terus maju dalam industri berkenaan.Sungguhpun banyak saingan dalam perniagaan, rakan niaga perlu menghargai sumbangan antara satu sama lain supaya secara tidak langsung dapat meningkatkan jalinan kerjasama lebih baik pada masa depan.Sehubungan itu, menghargai jasa dan sumbangan rakan perniagaan, gedung beli-belah terbesar di Malaysia, KL Sogo mengadakan majlis penghargaan bertemakan ‘Cruising Wet n’ Wild’ atau Pelayaran Basah dan Liar.Ketua Pegawai Operasi KL Sogo, Eddy Chan, berkata majlis penghargaan itu memberi peluang meraikan kejayaan yang dikecapi bersama rakan perniagaan.Di samping itu, katanya, ia dapat membantu memperbaharui dan menjana tenaga dalam strategi hubungan kerja serta sokongan antara rakan perniagaan untuk terus berjaya dalam bidang perniagaan masing-masing.“Sempena menghargai jasa dalam arena perniagaan, KL Sogo menyediakan beberapa anugerah kep

Post Source : Jualan Murah SOGO Promosi MEGA SALE from Intro2u Blog- Just another introduction to the top collection of Celebrity News, Tech, Mobile, Movie news worlwide

Cantik dengan Rahsia jamu gendong

Dalam soal kecantikan, sebahagian besar wanita bersedia melakukan apa sahaja demi memastikan diri kelihatan anggun dan berseri.Ini termasuk pengambilan jamu, kaedah tradisional yang diamalkan sejak turun-temurun di kalangan masyarakat Nusantara untuk merawat kecantikan dari dalam tubuh.Di negara jiran Indonesia, pengambilan jamu merupakan amalan biasa di kalangan penduduknya khususnya wanita.Antara yang popular di sana ialah Jamu Gendong yang digemari oleh setiap lapisan masyarakat daripada golongan atasan hingga kepada masyarakat biasa.Bertujuan mengenali lebih dekat mengenai Jamu Gendong, Persatuan Usahawan Wanita (Usahanita) Wilayah Persekutuan dengan kerjasama rakan dari Indonesia, Astad Adleenz telah menganjurkan seminar mengenai amalan makan jamu dan cara penyediaan Jamu Gendong di Jogjakarta, Indonesia, baru-baru ini.Seminar yang berlangsung selama empat hari ini itu juga turut memberi pendedahan tentang cara pemakanan jamu yang betul.Dalam seminar tersebut, peserta juga diajar

Post Source : Cantik dengan Rahsia jamu gendong from Intro2u Blog- Just another introduction to the top collection of Celebrity News, Tech, Mobile, Movie news worlwide

Merisik Khabar ASTRO Aznil menangis air mata

SEJURUS tamatnya paparan program terbaru terbitan Astro, Merisik Khabar, suasana sedih dan hiba menyelubungi seisi dewan.Beberapa petugas media dan tetamu yang hadir mengesat linangan air mata.Itulah penangan yang diterima tatkala program yang diangkat dari salah satu segmen radio Era FM itu menjadi sebuah program di kaca televisyen. Paparannya cukup meruntun perasaan siapa sahaja yang menontonnya.Tidak terkecuali, perantara program itu yang juga merupakan penyampai radio Era FM, Aznil Nawawi.Dia jugalah yang mengendalikan segmen yang ke udara di radio popular tersebut pada setiap hari, pukul 9 pagi itu.Sempena menyambut ketibaan Ramadan tidak lama lagi, Astro Prima dengan kerjasama radio Era FM dan Permanis Sandilands Sdn. Bhd. (Permanis), berbesar hati membawakan sebuah program majalah berbentuk kemasyarakatan yang memberikan seribu keinsafan kepada penontonnya.Bakal bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Rabu, pukul 7 malam bermula 9 Ogos, program itu bakal membawa penonton menyusu

Post Source : Merisik Khabar ASTRO Aznil menangis air mata from Intro2u Blog- Just another introduction to the top collection of Celebrity News, Tech, Mobile, Movie news worlwide

Kris Dayanti bakal kawin Raul Timor LEste

JAKARTA: Hubungan cinta Krisdayanti dengan ahli perniagaan dari Timor Leste, Raul Lemos, dikatakan semakin kuat dan kini mereka merancang untuk berkahwin tidak lama lagi.Menurut Raul, dia memang cenderung untuk mengahwini penyanyi popular berkenaan dan memilih negeri kelahirannya untuk majlis itu.“Memang saya bercadang berkahwin,” katanya ketika ditemui media, semalam.Bagi penyanyi yang lebih mesra dipanggil KD itu, dia juga berfikiran sama.“Bagi saya, Dili (ibu negeri dan bandar terbesar di Timor Leste) memang kota yang indah,” katanya.Selain itu, kata KD, masyarakat di Dili juga tidak mempunyai banyak perbezaan dengan tempat kelahirannya di Jakarta.“Sebagai calon isteri, saya mengikut saja,” katanya.Bagaimanapun, pasangan itu enggan menyatakan tarikh sebenar mereka akan disatukan.Kata Raul, mereka sedang membuat persediaan sepatutnya.“Waktunya mungkin tidak lama lagi, tapi sabarlah. “Kami mahu lakukannya dengan teliti dan satu demi satu,” katanya. – Agensi

Post Source : Kris Dayanti bakal kawin Raul Timor LEste from Intro2u Blog- Just another introduction to the top collection of Celebrity News, Tech, Mobile, Movie news worlwide

  • Categories

  • Ads by Google


Intro4U2U

Advanced Search Preferences Language Tools

SEARCH THE WEB